Tuesday, 22 November 2016

                             AKU KEMBALI
   
          Ragam manusia dapat dilihat dari segi luarannya namun apa yang dipendam tidak dapat diketahui permasalahannya. Kenapa diri perlu melakukan penipuan terhadap orang lain demi kepentingan diri. Mungkin faedah pada diri sendiri tapi apa faedahnya kepada orang yang ditipu. Tidak pernahkah terpikir bahawa penipuan akan terbongkar? segala rahsia sudah diketahui oleh orang yang  ditipu. Tidakkah  terfikir apa perasaan orang tersebut? marah? sedih? kecewa? pasrah? atau redha?. Pernahkah bertanya,selongkar hati mereka untuk mengetahui keperitan dan kesakitan yang mereka rasa?pernah ka? berapa banyak lagi mahu menipu mereka untuk kepentingan diri sendiri. Kau fikir kau siapa?fikir semua orang mudah untuk maafkan seseorang. Tidak semua orang begitu. Jangan sesekali menipu orang lain demi kepentingan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment